KUALA LUMPUR – Pelakon Mia Ahmad akan berusaha menyelamatkan rumah tangganya dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan yang kini berdepan ujian.
Tegas Mia atau Shamiha Ahmad Baderi, 30, dia akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menjernihkan kembali keadaan.
“Hanya Allah, saya, suami dan dia (wanita didakwa curang dengan suaminya) yang tahu kebenarannya.
“Saya akan lakukan apa sahaja diperlukan untuk menyelamatkan rumah tangga saya,” katanya menerusi InstaStory.
Sementara itu, Mia menambah, dia tidak ambil peduli dengan apa juga pandangan atau cakap-cakap orang lain terhadapnya.
Ini kerana kata pelakon Hati Perempuan itu, orang lain bebas bercakap tentang dirinya selain sedar akan akibatnya.
“Anda boleh cakap apa sahaja yang dan mahu kerana saya tahu saya yang membiarkan anda bercakap.
“Dan saya juga tahu apa yang saya lakukan dan akibatnya.
“Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Mereka tidak rasa apa yang saya rasa,” tulisnya
Mia sebelum ini mencetuskan spekulasi kerana membayangkan seolah-olah perkahwinannya dengan Izham sedang dilanda masalah dan turut bertindak memadam semua gambar suaminya di Instagram.
Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu. – MalaysiaGazette