Pelarian Rohingya melalui kawasan berselut di sempadan Myanmar-Bangladesh di Teknaf pada tahun lalu selepas berlaku keganasan di Rakhine oleh tentera Myanmar. foto Agensi

COX’S BAZAR – Myanmar sudah bersedia untuk menerima kepulangan lebih daripada 2,000 orang penduduk Rohingya Muslim yang berlindung di Bangladesh pada 15 November ini.

Mereka adalah antara kumpulan pertama yang terdiri daripada 5,000 orang yang akan dipindahkan di bawah perjanjian antara dua negara itu pada bulan lalu.

Tetapi lebih daripada 20 individu dalam senarai nama yang akan dihantar pulang telah menolak untuk kembali ke Rakhine.

Bangladesh pula menyatakan negara itu tidak akan memaksa komuniti berkenaan untuk pulang ke negara asal.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga penduduk Rohingya belum selamat untuk kembali, sebahagiannya kerana ada penganut Buddha Myanmar telah melakukan memprotes terhadap cadangan penghantaran balik itu.

“Ia bergantung kepada negara lain, sama ada ini akan berlaku atau tidak.

“Tetapi kami mesti sudah bersedia. Kami telah melakukannya,” kata Win Myat Aye, Menteri Kebajikan Masyarakat dan Penempatan Semula Myanmar, pada sidang akhbar di ibu kota komersial Yangon pada hari Ahad, merujuk kepada Bangladesh.

Sementara, Pesuruhjaya Bantuan Bangladesh, Abdul Kalam berkata, beliau berharap proses itu dapat bermula pada hari Khamis namun ia akan dilakukan secara sukarela dan bukan paksaan.

Bangladesh dan Myanmar pada pertengahan November lalu bersetuju untuk permulaan penghantaran lebih daripada 700,000 penduduk Rohingya yang melarikan diri daripada serangan tentera Myanmar pada tahun lalu.

Penduduk Rohingya mendakwa tentera dan penganut Buddha tempatan telah membakar ratusan kampung, membunuh dan rogol penduduk wanita.

PBB yang menjalankan siasatan mendakwa perbuatan tentera Myanmar itu dengan niat untuk melakukanpembersihan etnik.

Myanmar menafikan hampir semua tuduhan itu dengan mempertahankan bahawa pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas selepas berlaku serangan oleh pemberontak Rohingya. – MalaysiaGazette