LONDON – Liverpool sedia untuk melepaskan Fabinho yang baharu sahaja beberapa bulan tiba di Anfield bagi menggantikan bintang Borussia Dortmund, Christian Pulisic.
Fabinho menyertai pasukan itu selepas dibida dengan nilai 43.7 juta pound sterling.
Beliau yang baru sahaja tiba dari Monaco terpaksa menyesuaikan diri di England.
Bagaimanapun, beliau mungkin tidak merasa janggal untuk bersama dengan pasukan baharu kerana pada musim panas Fabinho pernah beraksi dengan pasukan itu sebanyak tiga kali.
Laman portal The Mirror mendakwa Jurgen Klopp mahu menjual bintang Brazil itu pada Januari depan bagi mengumpul dana sekitar 70 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat Pulisic.
Pulisic diangkat sebagai pemain muda yang menyerlah di peringkat antarabangsa ketika ini.
Klopp mengetahui segalanya tentang pemain berusia 20 tahun itu sejak mengemudi Dortmund dan dia mahu bekerjasama semula dengannya di Anfield.
Kontrak Pulisic hanya akan berakhir pada 2020 dan rundingan dengan ejennya sedang diusahakan ketika ini.
Namun, Liverpool mendapat saingan sengit daripada Chelsea yang turut berminat untuk mendapatkan khidmat Pulisic. – MalaysiaGazette