Dalam pada itu, P. Waytha Moorthy akhirnya ‘akur’ dan terduduk apabila berterusan diserang oleh wakil-wakil rakyat pembangkang khasnya UMNO dan Pas hari ini apabila cuba menjawab setiap persoalan yang cuba dilontarkan khasnya isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Isu video Waytha di Belanda pada enam tahun lepas yang kini tular di media sosial juga menimbulkan kemarahan umum tetapi beliau berterusan mempertahankan tindakan itu tanpa perasaan bersalah kerana mendakwa mempunyai bukti kaum India ditindas oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.
Walaupun beliau di asak dan dihamburkan gelaran ‘Menteri Rasis’, Menteri Penipu’ dan turut di suruh pulang ke India, tidak ada seorang pun wakil daripada Pakatan Harapan yang bangkit ‘mempertahankan’ Waytha dan membiarkan beliau terkapai-kapai diserang pembangkang.