Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin Idris Shah

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggalkan.

Papan tanda itu perlu digantikan dengan yang baharu dan perlu ditulis dengan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu, demikian titah baginda.

 

MGF19112018_PENUKARAN PAPAN TANDA_10
Sebahagian papan tanda jalan yang mempunyai tulisan cina akan digantikan dengan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu atas titah D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pekan Subang, Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 NOVEMBER 2018

Dalam satu surat rasmi daripada pihak istana yang tular, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, titah baginda itu perlu dilaksankan segera selewat-lewatnya sebelum tarikh Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda iaitu pada 11 Disember ini.

Surat berkenaan yang bertarikh hari ini ditujukan kepada Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Yahya dan kepada Datuk Bandar Shah Alam untuk tindakan.

WhatsApp Image 2018-11-19 at 3.56.26 PM (1)

Sebelum ini, tular di laman sosial apabila beberapa keping gambar yang menunjukkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok, bergambar bersebelahan dengan papan tanda jalan yang bertulisan jawi.

Teresa dikatakan mempertikai papan tanda jalan berkenaan hingga membawa kepada perubahan terhadap tulisan pada papan tanda ditukar ke bahasa Cina dan dipasang di Shah Alam. – MalaysiaGazette