MANCHESTER – Dua pasukan ulung Manchester United dan Leeds United akan bertemu dalam aksi pramusim di Australia tahun depan.

Pertembungan kedua-dua pasukan itu merupakan kali yang pertama antara dua musuh lama sejak 2011.

Manchester United dan Leeds adalah dua seteru lama yang mewarnai Liga Inggeris sehinggakan perlawanan mereka digelar ‘Pennines derby’.

Leeds kini di kedudukan ketujuh dalam liga kelas dua Kejuaraan.

Kedua-dua perlawanan Manchester United itu bakal berlangsung di Stadium Optus, Perth yang berkapasiti 60,000 tempat duduk.

Kunjungan ke Australia itu adalah kali yang kelima buat pasukan gergasi Inggeris itu sejak kali pertama pada 1967 dan yang pertama ke Perth sejak 1975. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast