KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput untuk hadir ke program promosi penerbangan ‘Wonderful Indonesia Fair’ bersama Malindo Air yang akan berlangsung pada hari ini hingga Ahad.

Dalam satu kenyataan, penganjur program berkenaan memberitahu, program tersebut akan berlangsung di pusat beli belah Sunway Putra di ibu negara.

Menurut kenyataan itu, Malindo kini sedang mengadakan jualan tiket istimewa ke Indonesia dengan potongan harga sehingga 30 peratus.

Antara destinasi penerbangan itu iaitu Jakarta, Denpasar (Bali), Bandung, Medan, Batam (Pulau Riau), Aceh dan Pekan Baru (Riau).

Pelbagai program menarik turut diadakan sepanjang lima hari program berkenaan berlansung antaranya persembahan tarian Indonesia serta permainan interaktif.

Turut ditampilkan persembahan oleh artis jemputan Luqman Faiz dan Fara Hezel pada Sabtu dan Ahad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast