Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kejadian langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan, Ahad lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita.Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kejadian langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan, Ahad lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kejadian langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan, Ahad lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita.

PETALING JAYA – Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kejadian langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan, Ahad lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita.

Wilsonresa Dudom, 22, yang merupakan seorang penganggur hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh pada prosiding hari ini.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kematian pekerja restoran, Wong Sow Lin, 57, di hadapan sebuah restoran di Jalan Equine 9B, Seri Kembangan, dekat sini, pada 8.20 malam, 18 Nov lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 Jan depan untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast