Jose Mourinho. Foto Metro.

LONDON – Jose Mourinho sudah hilang sabar dengan pemain-pemainnya yang tiada ‘hati’ dengan kelab itu selepas Manchester United seri tanpa jaringan bersama Crystal Palace di tempat sendiri, kelmarin.

Pengurus kelahiran Portugal itu memberitahu, dia serius sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan mereka pada perlawanan akan datang.

“Beraksi di sini, pemain perlu bermain menggunakan otak dan bukan hanya sepenuh hati dan ia masih tidak cukup.

“Setiap pemain mempunyai kemampuan yang berbeza dan saya tidak boleh mengubah perangai pemain secara dramatik.

“Jalan penyelesaian mungkin saya perlu membuat pilihan berdasarkan hati.

“Saya akan menyalahkan diri saya kerana pemain tidak bermain sepenuh hati,” katanya kepada Eurosport.

Keputusan 0-0 menyaksikan United ketinggalan 14 mata dengan pendahulu liga,  Manchester City. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast