Foto Laman Rasmi Facebook FAM

KUALA LUMPUR – Tiket perlawanan skuad Harimau Malaya yang bakal bertemu Thailand bagi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 pada Sabtu ini mendapat sambutan luar biasa.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman Facebooknya memaklumkan, sebanyak 40,000 tiket telah habis dijual sejak semalam.

Menurut FAM, baki 40,000 tiket lagi akan mula dijual di kaunter tiket Stadium Nasional dan kedai terpilih Al-Ikhsan bermula esok.

Pertembungan antara Malaysia dan skuad Gajah Putih itu  dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pukul 8.45 malam.

Malaysia berjaya mara ke peringkat separuh akhir dengan menewaskan pasukan Myanmar 3-0 hasil sumbangan kapten pasukan, Mohd Zaquan Adha dan Norshahrul Idlan Talaha. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast