LONDON – Borussia Dortmund menetapkan harga sebanyak 70 juta pound kepada mana-mana kelab yang berminat mendapatkan pemainnya, Christian Pulisic.
Metro.co.uk melaporkan Pulisic kini menjadi sasaran Chelsea dan Liverpool pernah menyuarakan hasrat untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu ketika ini masih memiliki baki kontrak selama 18 bulan bersama kelab Jerman berkenaan.
Pulisic yang kini menjadi sasaran Chelsea dan Liverpool pernah menyuarakan hasrat untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain sayap itu menjadi buruan Chelsea yang dalam proses memujuk Eden Hazard untuk kekal di Stamford Bridge namun pemain Belgium itu dikatakan ini berhijrah ke Real Madrid.
Pada masa sama, pengurus Liverpool Jurgen Klopp turut berminat dengan Pulisic, 20, kerana pernah bekerjasama dengannya di Jerman.
Prestasi cemerlang Pulisic bersama AS menjadikannya sebagai pemain paling bernilai di kalangan kelab ternama.
Chelsea dilaporkan sanggup berbelanja besar pada Januari nanti bagi membolehkan Pulisic berhirjah ke Stamford Bridge. – MalaysiaGazette