Gelagat kanak-kanak yang hadir dengan berpakaian Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2018 bertemakan "Sayangi Malaysiaku" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 31 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Komposisi kanak-kanak bawah umur 18 tahun adalah 29.0 peratus iaitu 9.4 juta daripada jumlah penduduk 32.4 juta negara ini pada tahun 2018.

Daripada jumlah itu, bilangan kanak-kanak lelaki 4.85 juta lebih ramai daripada perempuan iaitu 4.55 juta.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, komposisi bagi kanak-kanak yang berumur bawah umur 5 tahun adalah 8.0 peratus atau 2.6 juta daripada jumlah penduduk Malaysia.

Manakala bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing adalah 1.34 juta orang dan 1.26 juta orang.

Menurutnya, Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi kanak-kanak berumur bawah 18 tahun iaitu 42.9 peratus, diikuti oleh Kelantan (36.2%) dan Terengganu (36.1%). Manakala, Pulau Pinang merekodkan peratusan terkecil iaitu 23.7 peratus.

Bilangan kanak-kanak berumur bawah 18 tahun adalah paling tinggi di Selangor iaitu 1.8 juta, diikuti Sabah (1.2 juta) dan Johor (1.1 juta).

Pada 2017, enrolmen di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah 4,888,600 orang, menurun kepada 45,000 orang daripada 2016.

Penurunan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh penurunan sebanyak 28,200 bagi menengah rendah dan 15,000 bagi menengah atas berbanding 2016.

Pada masa yang sama, enrolmen peringkat rendah juga menguncup 5,200 orang kepada 2,678,600 orang berbanding tahun sebelumnya.

Enrolmen di peringkat tadika swasta, sekolah rendah swasta dan sekolah menengah swasta menunjukkan peningkatan pada 2017 masing-masing kepada 364,000, 38,500 dan 113,800 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast