TERKINI : “Kami Tidak Ada Kaitan Langsung dengan Syarikat Pemaju MCT Berhad” – Chong Li Loh

Tiga Badan Pengurusan Bersama (JMB) Skypark, The Place dan The Square mendakwa mereka menjadi mangsa keadaan berhubung isu Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25.

Pengerusi The Square, Chong Li Loh berkata, pihaknya tidak ada kaitan langsung dengan syarikat pemaju MCT Berhad ataupun anak syarikat pemaju tersebut, One City Development Sdn Bhd.

“OneCity @ USJ 25 merupakan satu pembangunan bersepadu yang dimiliki oleh 939 pemilik individu dan ianya bukan milik dua syarikat berkenaan.

“One City Development Sdn Bhd yang dimiliki oleh MCT Berhad pula hanya penyewa bangunan ini. Menara pejabat di sini juga disewa oleh penyewa lain termasuk beberapa syarikat multinasional,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast