Boca Juniors
Copa Libertadores dijadualkan pada 9 Disember ini di Bernabeu Madrid, Sepanyol.

MADRID – Perlawanan akhir Copa Libertadores kedua antara Boca Juniors dan River Plate akan berlangsung di Stadium Bernabeu, Madrid, Sepanyol pada 9 Disember ini..

Pertembungan derby antara dua kelab musuh tradisi itu ditunda setelah tercetus pergaduhan di antara penyokong kedua-dua kelab itu.

Beberapa pemain Boca mengalami kecederaan selepas bas mereka diserang penyokong River Plate selain terjejas akibat gas pemedih mata yang digunakan polis untuk meleraikan keadaan.

Copa Libertadores setaraf Liga Juara-Juara Eropah.

Penyokong kedua dua kelab itu akan diperuntukkan tiket perlawanan yang saksama.

Conmebol iaitu Badan Pemantaua Bola Sepak Amerika Selatan menolak rayuan Boca Juniors supaya menghadiahkan piala kejuaraan tanpa beraksi.

Aksi dua kelab itu disifatkan sebagai perlawanan kelab terbesar dalam sejarah 127 tahun bola sepak Argentina.

Aksi pertama perlawanan akhir Copa Libertadores di Argentina pada 21 November lalu berakhir dengan keputusan seri 2-2.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast