LONDON – Mick Schumacher menghampiri selangkah lagi untuk mengikuti jejak bapanya, Michael Schumacher, ke dunia Formula Satu.
Mick dikatakan bersetuju menyertai pasukan Prema dalam Formula 2.
Pemuda berusia 19 tahun itu memenangi gelaran Eropah dalam Formula 3 bersama pasukan Prema tahun ini.
Beralih ke Formula 2 merupakan langkah logik dalam hidupnya.
Bapanya telah merangkul gelaran dunia F1 sebanyak tujuh kali dalam kariernya.
Mick bakal mewarisi bapanya apabila dikatakan mempunyai ciri-ciri kejuaraan daripada Michaelyang bakal menyaksikan lahirnya seorang lagi pelumba handalan pada masa hadapan.
Lima kejuaraannya adalah bersama Ferrari.
Michael berusia 49 tahun tidak melakukan penampilan umum sejak mengalami kecederaan parah di kepala semasa meluncur salji di Perancis pada Disember 2013.- MalaysiaGazette