Michael Cohen

WASHINGTON – Bekas peguam Presiden Amerika Syarikat, mengaku beliau berbohong mengenai perjanjian hartanah Donald Trump di Rusia semasa pilihan raya 2016.

Michael Cohen mengaku bersalah berbohong kepada Kongres kerana kesetiaannya kepada Trump.

Trump pula berkata, bekas lelaki kanannya itu “berbohong” kepada pendakwa raya dengan harapan hukuman dikurangkan.

Jawatankuasa khas sedang menyiasat peranan Rusia dalam Pilihan Raya Presiden 2016.

Sebelum ini, pada bulan Ogos lalu, Cohen mengaku bersalah melanggar undang-undang kewangan semasa pilihan raya 2016 dengan menyalahgunakan wang .

Cohen mengaku bersalah di hadapan Hakim Persekutuan di Manhattan.

Beliau berkata, dia telah mengemukakan kenyataan bertulis palsu mengenai rancangan Trump Organization untuk membina bangunan pencakar langit di ibu kota Rusia.

“Saya membuat kesilapan ini untuk konsisten dengan mesej politik untuk individu nombor 1 dan kesetiaan kepada individu nomber 1,” kata Cohen di mahkamah.

Beliau mengakui individu nombor 1 adalah Trump. – MalaysiaGazette