Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian diberi penerangan oleh Kakitangan Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR, Izwan Mashuri (kanan) mengenai peralatan penilaian dan pemetaan bahaya cerun ketika melawat tapak pameran sempena Hari Profesion Teknikal Negara Jabatan Kerja Raya (JKR) 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid (JKR), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 DISEMBER 2018
MGF04122018_JKR_01
Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian (tengah) melakukan gimik perasmian dengan menolak gear turut serta Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir (dua kiri), Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha (kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob (dua kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Profesion Teknikal Negara JKR 2018, Puan Mastura Shaari (kanan) pada Majlis Perasmian sempena Hari Profesion Teknikal Negara Jabatan Kerja Raya (JKR) 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid (JKR), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 DISEMBER 2018
MGF04122018_JKR_08
Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian menaiki jentera “Motor Grader Komatsu” turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha (dua kanan) pada Majlis Perasmian sempena Hari Profesion Teknikal Negara Jabatan Kerja Raya (JKR) 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid (JKR), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 DISEMBER 2018
MGF04122018_JKR_09
Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian (tengah) diiringi Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha (belakang, dua kanan) dan Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR, Ir Zulkifli Ahmad (belakang, empat kiri) bergambar kenangan dengan anak-anak dari Rumah Kebajikan Nurhati, Ampang selepas menyampaikan sumbangan bantuan kembali ke sekolah pada Majlis Perasmian sempena Hari Profesion Teknikal Negara Jabatan Kerja Raya (JKR) 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid (JKR), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 DISEMBER 2018