Kamaruzaman Mohamad
Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD membuat serahan notis kebenaran mengadakan himpunan pada 8 Disember ini di Ibupejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Menurut Pengarah himpunan, Kamaruzaman Mohamad, beliau telah dipanggil oleh IPD Dang Wangi bagi tujuan itu dan notis berkenaan diserahkan kepada Ketua Polis Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah.

“Polis telah memberikan komitmen untuk membantu pihak penganjur dari sudut keselamatan agar himpunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan aman.

“Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada polis atas komitmen tersebut dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan semua pihak untuk memastikan himpunan berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Dengan kebenaran rasmi itu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia hadir menyertai himpunan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada penganjur dan pihak berkuasa supaya himpunan berjalan dengan lancar. – MalaysiaGazette