Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sangsi kerajaan Pakatan Harapan mampu mencapai sasaran 26 juta pelancong ke Malaysia pada tahun ini.

Ini kerana, beliau skeptikal dengan jawapan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan, Mohammadin Ketapi yang memaklumkan bahawa kementerian itu akan menggunakan pelekat (sticker) “Tahun Melawat Malaysia 2020” dalam membuat promosi.

Jawapan itu diberikan oleh Mohammadin dalam soal jawab di Parlimen.

Secara sinis, bekas perdana menteri itu memuji jawapan Mohammadin.

“Bagus jawapan ini,” katanya sambil meminta rakyat memberi sokongan yang tidak berbahagi untuk menampal pelekat di merata-rata terutama mereka yang sangat mahir dalam kerja-kerja yang dilakukan oleh ‘Ah Long”.

Tambahnya, pendekatan promosi yang dinyatakan oleh menteri itu menambahkan kerisauannya, meskipun sasaran kedatangan pelancongan yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Harapan itu hanya 26 juta berbanding 33 juta yang disasarkan oleh kerajaan dahulu.

“Saya risau sasaran yang sudah diturunkan dengan banyak ini tidak juga dicapai,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast