Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada perhimpunan 'Kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Kerjasama dua parti Melayu terbesar di negara ini menunjukkan kekuatan luar biasa UMNO dan Pas dalam memastikan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, gabungan antara kedua-dua parti itu dalam isu ICERD membuktikan kemampuan menidakkan hasrat kerajaan dalam mengganggu gugat keistimewaan orang Melayu.

“Ini menunjukkan kehebatan kita sehingga kerajaan membuat keputusan membatalkan ICERD.

“Kita ucapkan terima kasih. Tapi masih ada kenyataan yang menunjukkan tidak boleh dihentikan perjuangan kita,” katanya dalam Himpunan Ummah Bantah ICERD di Dataran Merdeka.

MGF08122018_PERHIMPUNAN UMMAH36
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua kiri) diiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan), Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) hadir pada perhimpunan ‘Kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2018

Hadir sama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta kepimpinan utama kedua-dua parti.

Hadi berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuba untuk membawa ratifikasi ICERD itu ke Dewan Rakyat sebelum ini.

“Tapi berani mereka bawa ICERD ke Parlimen, mentang-mentang dapat majoriti mudah. Pada kami ahli Parlimen menyuarakan sekiranya kamu berani perkara ini ke Parlimen, kami akan mengerahkan jutaan di jalanraya.

“Ini kerana himpunan jalanraya juga adalah demokrasi aman damai,” katanya lagi.

Dilaporkan hampir 50,000 peserta himpunan berhimpun hari ini bagi menyatakan bagi menunjukkan kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi ICERD. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast