Iran sahkan telah melancarkan ujian peluru berpandu baru-baru ini.
Iran sahkan telah melancarkan ujian peluru berpandu baru-baru ini.

GENEVA – Seorang komander kanan tentera Iran mengesahkan Tehran telah melancarkan ujian balistik peluru berpandu baru-baru ini.

Pendedahan oleh pegawai tinggi Pengawal Revolusi itu dibuat selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo membuat kenyataan mengenai tindakan Iran mengadakan ujian peluru berpandu yang berkeupayaan membawa beberapa peluru peledak sekali gus dan mampu menjangkau sehingga Asia Barat dan Eropah.

“Kami akan meneruskan ujian peluru berpandu dan ujian baru-baru ini merupakan satu ujian yang penting.

“Reaksi Amerika Syarikat menunjukkan ujian tersebut sangat penting kepada mereka dan disebabkan itulah mereka bising,” kata Ketua Bahagian Aeroangkasa Guards, Amirali Hajizadeh namun tidak menyatakan butiran peluru berpandu yang diuji.

Presiden Donald Trump telah membatalkan perjanjian antarabangsa program nuklear Iran pada Mei dan mengenakan semula sekatan terhadap Tehran.

Menurut beliau, perjanjian tersebut mempunyai banyak kelemahan kerana tidak mampu mengekang Iran daripada membangunkan peluru berpandu atau menghalang sokongannya kepada proksi-proksi di Syria, Yaman, Lubnan dan Iraq.

Iran telah menolak rundingan dengan Washington berhubung keupayaan ketenteraannya terutama membabitkan program peluru berpandu yang dijalankan oleh Pengawal Revolusi.

Menurut mereka, program tersebut adalah untuk tujuan pertahanan semata-mata.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast