Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

MELAKA – Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mas Ermieyati menerusi kenyataan hari ini berkata penyertaannya ke dalam parti itu dibuat atas dasar mahukan yang terbaik untuk pengundi Masjid Tanah dan sentiasa mencari solusi yang lebih berkesan dalam membela kepentingan mereka.

“Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk pengundi Masjid Tanah dan sentiasa mencari solusi yang lebih berkesan dalam membela kepentingan mereka. Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk menyertai Parti Pribumi (Bersatu).

“Saya berharap dapat turut sama membantu usaha Bersatu selaku parti komponen kerajaan dalam melaksanakan agenda pemerkasaan wanita muda, di samping bersikap lebih terbuka dalam memperjuangkan nasib belia supaya mereka dapat merasai satu kehidupan yang lebih baik dan juga untuk mewujudkan masa hadapan yang lebih cerah bagi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata inilah jalan terbaik dalam kerangka Malaysia yang majmuk dan berterima kasih kepada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepimpinan parti itu menerima kemasukannya.

Katanya beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantunya, terutama di Parlimen Masjid Tanah, yang banyak membantunya sepanjang berkhidmat sebagai anggota parlimen di kawasan itu.

“Semoga Malaysia baharu ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus dan integriti sebagai keutamaan. Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast