KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan menghadapi pertuduhan di mahkamah esok.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Mohd Isa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pukul 9 pagi.
Menurut kenyataan itu, Mohd Isa akan berdepan dengan tuduhan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Kata SPRM, bekas Ahli Lembaga Pengarah FIC itu telah hadir ke SPRM pada pukul 8 pagi tadi bagi menandatangani notis aku janji untuk hadir ke mahkamah esok. – MalaysiaGazette