Christian Pulisic. Foto Goal.com

LONDON – Chelsea dilaporkan berjaya mendapatkan Christian Pulisic yang turut menjadi sasaran Liverpool selepas tonggak utama Borussia Dortmund itu membuat keputusan memilih kelab kendalian Maurizio Sarri.

Liverpool berminat dengan Pulisic sejak sekian lama dan bintang Amerika Syarikat (AS) itu bersedia berhijrah kepada mana-mana kelab selepas dia tidak memperbaharui kontraknya di Dortmund.

Pulisic mahu meninggalkan kelab gergasi Jerman itu dan Dortmund turut terbuka menjual pemain berusia 20 tahun itu yang kontraknya bakal berakhir pada 2020.

Manchester United turut dikaitkan berminat terhadap Pulisic.

Goal.com melaporkan Chelsea telah memenangi perebutan untuk mendapatkan khidmat Pulisic dan satu pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat bulan depan.

Namun nilai perpindahan belum dimuktamadkan lagi antara Dortmund dan Chelsea tetapi ia dijangka bernilai 60 juta pound sterling.

Pulisic mencetuskan spekulasi mengenai perpindahannya ke England selepas dia memberi bayangkan untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

“England dan EPL adalah liga yang menjadi impian setiap pemain untuk beraksi. Jadi tiada sebab mengapa suatu hari saya berada di sana,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast