Mohammad Hamdan Wahid

KUALA LUMPUR – Semua balai bomba dan penyelamat di seluruh negara akan mengibar bendera pasukan itu separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini.

Ia sebagai tanda bersedih dan menghormati jasa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohammad Hamdan Wahid berkata, nama dan jasa Muhammad Adib juga akan disemadikan jabatan terbabit.

“Sesungguhnya jasa dan nama Muhammad Adib akan disemadikan bersama-sama Wira Merah di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah di Kuala Kubu Bharu dan diabadikan dalam lipatan sejarah kebombaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Adib, 24, meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi selepas tiga minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau cedera parah selepas dibelasah oleh perusuh di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.

Mohammad Hamdan berkata, pihaknya berharap dalang yang terlibat dalam kejadian itu dikenakan tindakan sewajarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast