Sebahagian pegawai bomba memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia akibat insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya selepas proses bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). foto SYAFIQ AMBAK 18 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Helicopter MI-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan menerbangkan jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim ke kampung halamannya sebentar lagi.

Helikopter itu dijadual berlepas dari Pangkalan Udara JBPM ke Sekolah Kebangsaan Tebengau di Kuala Kedah.

heli

Sehingga berita ini ditulis, jenazah Muhammad Adib sedang dalam perjalanan ke Subang dari Hospital Kuala Lumpur selepas urusan bedah siasat selesai dilakukan.

Sementara itu, di Kedah, persediaan rapi telah dijalankan untuk menerima jenazah Allahyarham.

Beberapa pegawai dan anggota bomba dan penyelamat Kedah telah bersiap sedia di SK Tebengau menantikan ketibaan jenazah Muhammad Adib.

Anggota bomba itu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.41 malam tadi selepas tiga minggu dirawat di Institut Jantung Negara.

Muhammad Adib parah selepas dipukul ketika insiden rusuhan di kuil di Subang Jaya bulan lalu. – MalaysiaGazette