MOSCOW – Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran di sebuah kilang bunga api di wilayah Yaroslavl, Rusia tengah, pada Isnin, menurut media kerajaan Rusia yang memetik perkhidmatan kecemasan.
Video yang disiarkan penyiar milik kerajaan, RT, dipercayai menunjukkan percikan api terang memancar dari timbunan runtuhan yang masih berasap.
Agensi berita kerajaan TASS melaporkan jumlah kematian akibat kebakaran di kilang bunga api itu meningkat kepada 14 orang, manakala seorang lagi cedera.
Kejadian berlaku di kampung Kubrinsk, kira-kira 100 kilometer (62 batu) di utara Moscow, menurut TASS.
Kebakaran maut sering berlaku di Rusia dan pihak berkuasa lazimnya mengaitkannya dengan kelemahan dalam pematuhan standard keselamatan.
Pejabat pendakwa raya wilayah berkenaan berkata siasatan telah dibuka bagi mengenal pasti kemungkinan berlaku pelanggaran peraturan keselamatan industri. – Agensi
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















