Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila penurunan dalam saham wajaran tinggi terpilih menyeret turun indeks tempatan sejajar dengan prestasi lemah di bursa serantau lain.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.1 mata kepada 1,650.56 daripada 1,655.66 pada Rabu.

Selepas dibuka 21.25 mata lebih rendah kepada 1,634.41, indeks itu bergerak antara paras 1,630.95 dan 1,651.63 sepanjang hari dagangan.

Seorang peniaga berkata, sentimen belian terjejas susulan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dan merancang untuk mengurangkan saiz lembaran imbangannya pada kadar US$50 bilion sebulan ketika ini.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.52 peratus kepada 3,042.69, Indeks Komposit Jakarta jatuh 0.42 peratus kepada 6,150.09 dan Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.94 peratus kepada 25,623.52.

Suasana pasaran di Bursa Malaysia negatif dengan 431 kaunter rugi mengatasi 291 kaunter untung, manakala 433 kaunter kekal tidak berubah, 751 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.00 bilion unit bernilai RM1.58 bilion daripada 1.87 bilion unit bernilai RM1.89 bilion pada Rabu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM9.30, Public Bank tidak berubah pada RM24.66, Tenaga susut dua sen kepada RM12.82 tetapi Petronas Chemicals menokok lapan sen kepada RM9.21.

Dalam kalangan kaunter cergas, Sumatec dan Sapura Energy turun setengah sen setiap satu masing-masing kepada satu sen dan 29 sen, Bumi Armada tidak berubah pada 15 sen dan VS Industry jatuh 1.5 sen kepada 69.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 26.47 mata kepada 11,263.33, Indeks FBMT 100 susut 22.45 mata kepada 11,181.36, FBM 70 meningkat 13.07 mata kepada 12,805.49, Indeks FBM Emas Shariah turun 32.84 mata kepada 11,126.49 manakala Indeks FBM Ace berkurangan 55.41 mata kepada 4,191.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 53.90 mata kepada 17,135.31, Indeks Perladangan susut 45.66 mata kepada 6,590.99 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.44 mata kepada 165.41.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.43 bilion unit bernilai RM1.48 bilion daripada 1.40 bilion saham bernilai RM1.80 bilion.

Jumlah dagangan waran naik kepada 377.62 juta unit bernilai RM81.76 juta daripada 283.73 juta unit bernilai RM60.64 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 191.79 juta saham bernilai RM22.97 juta daripada 185.33 juta saham bernilai RM24.90 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 193.49 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (299.47 juta), pembinaan (70.68 juta), teknologi (132.55 juta), SPAC (20,000), perkhidmatan kewangan (23.96 juta), hartanah (97.60 juta), perladangan (34.13 juta), REITs (6.46 juta), dana tertutup (6,100), tenaga (423.43 juta), penjagaan kesihatan (29.77 juta), telekomunikasi dan media (47.20 juta), pengangkutan dan logistik (58.93 juta), dan utiliti (12.43 juta). – MalaysiaGazette