Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPORE – Harga minyak turun lebih daripada 4 peratus pada hari Khamis, mencecah paras paling rendah dalam tempoh lebih setahun berikutan kebimbangan mengenai lebihan penawaran dan prospek permintaan tenaga susulan kenaikan kadar faedah telah menjejaskan pasaran saham Amerika Syarikat.

Pasaran saham jatuh di seluruh dunia selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah dan mengunjurkan untuk menaikkan secara berperingkat dalam dua tahun akan datang.

Minyak Amerika Syarikat susut kepada AS$45.82 setong sebelum kembali pulih sekitar AS$46.50 pada 1020 GMT.

Brent juga jatuh kepada AS$54.64 setong, paras terendah sejak September 2017.

Kontrak hadapan dua minyak itu meningkat dengan ketara pada hari Rabu tetapi kini ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh 15 bulan, susut lebih 30 peratus daripada kenaikan tinggi yang dicapai pada awal Oktober. – MalaysiaGazette