Man United bersedia bayar yuran rekod dunia untuk mengikat khidmat Pochettino akhir musim ini.

MANCHESTER – Manchester United tidak tergesa-gesa untuk membayar yuran rekod dunia untuk melantik Mauricio Pochettino sebagai Pengurus tetap kelab itu.

Pengurus Tottenham Hotspurs itu kini muncul sebagai calon utama untuk mengisi kekosongan jawatan itu selepas Jose Mourinho dipecat Selasa lalu.

Bekas bintang penyerang the Red Devils Ole Gunnar Solskjaer telah dilantik sebagai pengurus sementara untuk mengemudi skuad utama sehingga akhir musim ini.

Solskjaer akan dibantu oleh Mike Phelan dan mengendalikan sesi latihan pertamanya di Carrington hari ini.

Walaupun Solskjaer dibawa masuk, United dilihat akan terus menekan pengurusan tertinggi kelab untuk berurusan dalam jendela perpindahan musim sejuk Januari 2019.

United sedang mempertimbangkan untuk membeli bintang pertahanan Porto FC, Eder Militao.

Pemain Brazil berusia 20 tahun itu bukan satu-satunya pilihan, tetapi jauh lebih berbaloi berbanding bintang Napoli Kalidou Koulibaly.

Yuran sekitar £40 juta telah dibincangkan kedua-dua kelab itu sebelum Mourinho dipecat dua hari lepas.

Yuran untuk mendapatkan Pochettino yang akan tamat kontrak di Spurs akhir musim ini dijangka lebih tinggi berbanding mengikat khidmat Militao.

Tottenham dijangka berjuang habis habisan untuk mempertahankan khidmat pengurus muda berusia 46 tahun itu yang baru menandatangani kontrak lima tahun Mei lalu yang tidak melibatkan klausa pelepasan oleh kelab.

Melihat kepada situasi sedia ada dengan kepakaran atas padang yang dimiliki jurulatih muda itu dari Argentina itu, Man United dikatakan sanggup membayar sebanyak mana pun sekiranya ia menerima galakan positif Pochettino akan menyertainya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast