Khabib Nurmagomedov  (kiri) akan bertarung bertarung sekali lagi dengan Conor McGregor pada tahun depan.

MOSCOW – Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov  mendapat tawaran lumayan bagi bertarung sekali lagi dengan bekas juara Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor McGregor pada tahun depan.

Sport24 melaporkan segala perancangan terhadap pertarungan itu masih belum dapat dimuktamadkan.

Ini kerana Suruhanjaya Atlet Nevada (NSAC) akan menjatuhkan hukuman ke atas McGregor dan Khabib susulan kesalahan yang dilakukan mereka ketika pertarungan pada UFC 229.

Bagaimanapun bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov mengesahkan tawaran sudah pun dikemukakan oleh UFC.

“Mereka telah menawarkan AS$15 juta (RM62.7 juta) bagi mengulangi pertarungan dengan Conor.

“Namun kami mahu tawaran itu dinaikan kepada AS$30 juta (RM125.5 juta),” katanya.

Kedua-dua musuh ketat itu kali pertama membuat perhitungan dua bulan lalu yang menyaksikan Khabib ditabalkan sebagai juara selepas empat pusingan.

Sejurus selepas kekalahan itu, McGregor menerusi laman sosial media miliknya mengatakan yang dia mahu mengulangi pertarungan dengan Khabib. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast