Azwanddin Hamzah
Azwanddin Hamzah

KLANG – Akibat kelantangan di pentas himpunan aman demi anggota bomba yang terkorban baru-baru ini penganjur membuat keputusan tidak lagi akan menjemput Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah.

Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS) selaku penganjur himpunan yang diadakan hari ini kecewa dengan tutur kata Azwandin yang dianggap membuat provokasi melampau terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P.Waytha Moorthy.

“Mengenai ucapan tadi saya pun tak setuju kita pun dah beritahu dengan dia (Azwandin) bahawa perkara-perkara yang mendatangkan provokasi mana-mana bangsa, agama, mana-mana organisasi tidak sepatutnya saya bercakap begitu.

MGF25122018_HIMPUNAN JUSTICE 4ADIB08
Presiden Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS) Abu Bakar Mohamed bercakap kepada media pada Himpunan Justice 4Adib di Dataran Seni, Klang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 DISEMBER 2018

“Kemungkinan besar kita ‘gam’ dia terus kita tidak mahu ucapan-ucapan begini lagi. Akan datang kita tidak akan menjemput dia lagi,” kata Presiden Geras Abu Bakar Mohamed petang tadi.

Azwandin ketika berucap di pentas himpunan aman tersebut di hadapan 1,500 peserta berkata nama Waytha sepatutnya diubah kepada ‘pariamoorthy’.

Beliau juga menyentuh isu dalang rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield yang dimulai dengan kumpulan upahan pihak pemaju.

Penuh emosi, Azwandin memberi amaran untuk ‘menyerang’ balai polis sekiranya gagal menangkap pihak pemaju.

Mengulas lanjut, GERAS dimaklumkan Azwandin telah memohon maaf kepada penganjur dan akan membuat kenyataan kekesalannya terhadap PDRM kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan provokasi.

MGF25122018_HIMPUNAN JUSTICE 4ADIB31
Gelagat seorang peserta sepanduk yang tertera ” Justice For Adib” pada Himpunan Justice 4Adib di Dataran Seni, Klang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 DISEMBER 2018

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab mengingatkan peserta himpunan aman bagi menuntut keadilan atas kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang diadakan agar mematuhi arahan pihak polis dan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast