MEDIU telah berpindah sepenuhnya ke kampus utama di Desa Petaling, Kuala Lumpur pada Oktober lalu.

KUALA LUMPUR – Al-Madinah International University (MEDIU) menawarkan sebanyak 1,500 tempat kepada pelajar lepasan  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini untuk pengambilan peringkat sarjana muda dan pra ijazah pada Februari depan.

Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen berkata, calon-calon peperiksaan tersebut digalakkan mendaftar awal dengan mengemukakan slip keputusan percubaan terlebih dahulu.

Jelas beliau, sesi pendaftaran secara online telah dibuka di laman sesawang universiti iaitu www.mediu.edu.my atau para pelajar boleh datang ke  kampus MEDIU yang terletak di Desa Petaling, Kuala Lumpur pada setiap hari bekerja,  bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.

“Tawaran pengambilan untuk pengajian Februari 2019 kini telah dibuka dan MEDIU sedia menerima kemasukan calon-calon peperiksaan STAM, STPM dan SPM 2018 dengan bersyarat.

“Bagi memberi kemudahan utk pendaftaran, pelajar juga boleh terus datang ke kampus MEDIU untuk mendaftar dengan pegawai sambil mendapat maklumat pengajian secara langsung daripada pensyarah,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

8J0A4520
Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen.

Ismawi memberitahu pendaftaran di kalangan  calon peperiksaan STAM, STPM dan SPM  2018 adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anak muda agar dapat membuat perancangan lebih awal.

Menurut beliau, ia bagi merealisasikan impian mereka menyambung pengajian di peringkat  menara gading sebagai persiapan untuk membina jatidiri dan generasi berwawasan serta berdaya saing pada abad ini.

Jelasnya, MEDIU kini telah menjadi satu lagi wadah baru dan kontemporari bagi pengajian melalui pembelajaran secara konvensional (on campus) dan secara maya (on line) dengan menawarkan peluang pengajian inovatif dalam bidang pengajian yang pelbagai. K

“ MEDIU menawarkan pengajian dari enam fakulti pengajian iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Kewangan dan Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan.

“Dengan memiliki ribuan pelajar dari pelbagai negara melebihi 100 buah negara, MEDIU telah berjaya membangunkan kampus universiti yang dapat menampung seramai 5,000 orang pelajar.

“Kampus ini mampu mewujudkan suasana yang menggalakkan serta mengembangkan penyelidikan pelopor dan unik dengan matlamat menjadi salah satu institusi pendidikan antarabangsa yang terulung,” katanya.

Sementara itu, untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh layari laman sesawang university www.mediu.edu.my atau menghubungi talian  039055-5200. – MalaysiaGazette