Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua bercakap sambil diperhatikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (kanan) mengenai dalam agenda ekonomi pada Forum Ekonomi Belia 2018 anjuran Perdana Fellows Alumni Association (PFAA) di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu Tony Pua berkongsi lokasi KFC mana yang turun harga selepas perlaksanaan SST.

“Time ini saya teringat apa yang Tony Pua kata “Memang benar ….. harga barang selepas SST adalah lebih murah daripada harga bawah GST”

“Saya tak pasti kedai KFC mana dia pergi tapi harap dia boleh share location dengan kita,” seloronya dalam media sosialnya semalam.

Menurut Najib, beliau banyak menerima aduan KFC naik harga selepas SST dan termasuk juga rangkaian makanan segera McDonalds.- MalaysiaGazette

 

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/26/harga-makanan-kfc-naik-kerana-sst/