Kerajaan membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara. - foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara.

Kadar tol di lebuh-lebuh raya berkenaan sepatutnya dinaikkan pada tahun depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pembekuan kenaikan kadar tol di 21 lebuh raya secara komprehensif di seluruh negara itu membabitkan kadar tol bas di lapan lebuh raya berasingan serta pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor.

Pembekuan yang berkuatkuasa 1 Januari 2019 membabitkan kos kerajaan sebanyak RM994.43 juta.

Guan Eng berkata, kerajaan menganggarkan pembekuan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya akan melibatkan kos bayaran pampasan yang dianggarkan berjumlah RM972.75 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat pada tahun depan.

“Pembekuan komprehensif ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk meringankan beban sara hidup rakyat Malaysia.

“Kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik untuk memenuhi janji manifesto yang terkandung dalam Buku Harapan. Pembekuan ini adalah sebahagian daripada usaha tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Senarai 21 lebuh raya dan plaza tol yang layak mendapat kenaikan kadar tol tetapi telah dibekukan kenaikannya pada tahun 2019 adalah seperti berikut (jadual hanya menunjukkan kadar tol bagi kenderaan Kelas 1/Kereta):-

tol4

 

 

tol5

Katanya, pembekukan kenaikan kadar tol untuk kenderaan Kelas 5 (bas) dengan anggaran kos RM1.68 Juta di 8 lebuh raya
berasingan seperti berikut:-

beku10

beku11

-MalaysiaGazette