PUTRAJAYA – Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bermula hari ini bakal menyaksikan kira-kira 1,600 perwakilan dari setiap negeri mengambil bahagian dalam perhimpunan tahunan kali kedua yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Perhimpunan selama tiga hari yang akan berakhir pada Ahad ini akan diisi dengan pelbagai program mengikut susunan oleh penganjur.

Ketika berita ini ditulis, para perwakilan masih lagi mendaftar untuk masuk ke mesyuarat yang kebanyakannya diadakan secara tertutup buat media.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka merasmikan mesyuarat tersebut yang akan berlangsung pukul 8.30 malam nanti.

Kesemua perwakilan yang hadir hari ini mengenakan pakaian berwarna merah selari dengan warna tema parti itu.

Bagi jadual esok, perhimpunan akan bermula seawal pukul 9 pagi dan akan ditangguhkan pada jam 11 malam.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menyampaikan Ucapan Dasarnya pada Sabtu ini dan perbahasan mengikut negeri-negeri akan berlangsung pada Ahad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast