Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Pas menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sinis mendakwa parti itu berkawan serta bekerjasama dengan UMNO yang disifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘perompak’.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau tidak faham kayu ukur yang digunakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu apabila mereka sendiri bersedia menerima pemimpin UMNO yang lompat parti.

“Saya mungkin kurang faham kayu ukur Muhyiddin, sanggup pula parti beliau menerima Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang melompat dari parti yang dikatakan ‘perompak’ itu.

“Tidakkah mereka ini juga boleh dikira sebahagian daripada ‘perompak’ menurut gelaran yang beliau berikan?

“Atau adakah dengan melompat sahaja ke parti PPBM, maka ‘perompak’ itu telah menjadi suci daripada segala dosa?” katanya dalam kenyataan kepada media di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin semalam yang dilaporkan berkata, selepas UMNO dan Pas kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14, kedua-dua parti itu mengambil pendekatan politik perkauman dan agama yang ekstrem semata-mata untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Melayu sudah kenal siapa UMNO, siapa Pas dan menyifatkan kedua-duanya dua kali lima sahaja.

“Seorang perompak, seorang lagi nama sahaja Islam, tetapi sanggup bercium mulut dengan perompak,” kata Muhyiddin ketika berucap merasmikan pembukan Perhimpunan Agung Bersatu semalam.

Adakah zaman Muhyiddin menjadi sebahagian pimpinan UMNO, adakah beliau suci daripada segala agenda ‘perompak’?, soal Mohd Kharuddin.

Ujarnya, Pas bersedia berkawan dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja apabila melibatkan kebaikan rakyat dan Islam.

“Sesiapa yang datang mahu bekerjasama membina masjid, mengikat ukhuwah dan menyuarakan kebaikan rakyat, Pas mengalu-alukannya atas dasar itu.

“Itulah solidariti atas kebajikan dan takwa sebagaimana diarahkan oleh Allah. Ia bukan satu perakuan terhadap segala perlakuan dan perbuatan sumbang yang mereka lakukan jika ada,” katanya.

Dr Mohd Khairuddin mengemukakan satu soalan kepada Muhyiddin, iaitu bagaimana pula beliau sanggup ‘bercium mulut’ dengan DAP yang ternyata banyak prasangka terhadap Islam dan Melayu? – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Muhyidin berani dlm menegakan suatu yg mana kebanyakan yg lain tidak dlm isu Najib & 1MDB hinggakan di buang Dari UMNO.

    PAS ketika itu, bersifat pragmatic malah menyokong Najib. Ini beza nya.

    Mengenai isu, DAP, PAS dulu serumpun dgn DAP dlm Pakatan Rakyat. Malah yg amat dayus, Puak Ulama PAS meminta sokongan DAP utk mengenepikan PKR. Puak Ulama 2 Kali mencium DAP dlm perkara ini.

    Nasib berpihak dgn PKR ketika itu bila Puak Progressive dlm PAS bangun memihak dgn PKR.

    Biar Kita sama2 menunggu Perbicaraan di London dlm isu siapa yg jadi Perompak Wang Rakyat nanti.

    Time is about how the Universe is Expanding & Contracting. This Universal Frequency, give sequences of wavelength. In this wavelength, we as human are principal Actors unfolding Event after Event. The Epoch of Human Civilization.

    There are some who take pain to write about it.

Comments are closed.