MANCHESTER – Pep Guardiola mempunyai strategi dan formula untuk memalukan pendahulu Liga Perdana Inggeris Liverpool esok.
Pengurus Manchester City itu dikatakan berdepan salah satu ujian taktikal paling getir kariernya apabila berdepan the Reds di Stadium Etihad.
Sumber the Citizens memberitahu the Sun Sports bahawa rancangan Guardiola untuk menamatkan rekod tanpa kalah pasukan bimbingan Jurgen Klopp musim ini.
Katanya, City akan memberi tekanan tinggi kepada penjaga gol Liverpool Alisson menerusi serangan tanpa bertali arus.
Beliau yakin penjaga gol Brazil itu akan panik sehingga melakukan kesilapan.
Kesilapan itu dilihat jelas menerusi jaringan Leicester City Rachid Ghezzal yang memecahkan kubu pertahanan Liverpool September lalu.
City mahu menempatkan dua penyerang yang boleh mematahkan bola apabila diterima penjaga gol itu dari pemain pertahanan the Kops.
Guardiola melihat ia sebagai cara terbaik untuk menghentikan tiga pemain hadapan iaitu Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mo Salah.
Pengurus City itu mahu Ederson melakukan penghantaran jauh dengan penyerangnya memusnahkan kubu pertahanan Liverpool menerusi serangan balas.
Pertahanan City akan lebih kebal selepas Liverpool mempunyai tabiat masuk operangkap ‘offside’.
Salah masuk perangkap offside lebih 18 kali musim ini diikuti Mane (14).
Guardiola juga menganggap Firmino sebagai ancaman utama dan sudah mempunyai formula mematahkan pergerakannya.
Beliau menyatakan kerisauan mengenai pretasi Riyad Mahrez dan Leroy Sane sejak kebelakangan ini.
City dan Liverpool dipisahkan dengan tujuh mata. – Agensi