KUALA LUMPUR – Pasukan Hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) optimis dan meletakkan kepercayaan tinggi kepada pemain-pemain tempatannya yaaaang mampu melakar kemenangan dalam mana-mana kejohanan meskipun tanpa pemain import.
Ketua Jurulatihnya, Nor Saiful Zaini Nasruddin berkata, meskipun pasukan lain mempunyai kelebihan dengan kehadiran pemain import, namun beliau percaya pasukannya yang terdiri daripada pemain hoki kebangsaan mampu melangkah lebih jauh untuk menjuarai dalam kejohanan akan datang.
“Kalau kita tengok kejohanan tahun lepas, kita tidak jauh, kita agak dekat dengan KLC walaupun kita tiada pemain import.
“Dengan pasukan UniKL kita kalahkan mereka dua kali. Malah kejohanan lepas kita tewaskan pasukan Terengganu di tempat ketiga tahun lepas.
“Jadi kita kena percaya walaupun tanpa pemain import kita mampu untuk pergi lebih jauh. Kita sasar memang pergi jauh tahun ini dan kita sasar di tempat kedua teratas,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Tajaan TNB kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Pengenalan Pasukan Hoki TNB2019 di Kompleks Sukan TNB Bangsar, hari ini.
Bermula minggu ini, TNB akan menganjurkan beberapa kejohanan hoki antaranya TNB Liga Hoki Malaysia Premier (TNB-MHL); TNB Liga Hoki Malaysia Divisyen 1 (Lelak dan Wanita); TNB Liga Hoki Remaja Malaysia dan Liga Hoki Peringkat Negeri.
Nor Saiful juga berkata, walaupun pasukan TNB tiada pemain import, namun mereka mempunyai banyak kelebihan menerusi gandingan pemain muda dan senior kebangsaan.
“Jaringan antara pemain muda yang naik naik level tahun lepas dengan pemain senior kita lihat lebih dekat dan nampak mereka main lebih baik.
“Cuma dalam kejohanan itu sendiri mereka kena pandai untuk cipta kemenangan.
“Itu lebih penting hari permainan sebenar peluang ada dan mereka perlu cipta kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua jurulatih Pasukan Thunderbolts TNB, Muhamad Amin Rahim berkata, kejohanan hoki anjuran TNB dengan kerjasama MHC pada tahun ini merupakan satu pendedahan terbaik kepada pemain muda.
“Dalam pasukan kami terdapat lapan pemain yang bermain di liga premier untuk tahun ini.
“Mereka dapat bermain dengan pemain kebangsaan dan lawan dengan pemain import dan ini bagus untuk pendedahan mereka di peringkat antarabangsa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette