Dua suspek berusia 31 dan 40 tahun yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun di Rasah Jaya, semalam, direman empat hari bermula hari ini.
- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis cedera ditikam seorang lelaki warga Indonesia menggunakan pemutar skru ketika sedang melakukan pemeriksaan dalam Op Cegah Khas di Jalan Binjai di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa Lans Koperal Mohd Fauzi Abdullah mengalami kecederaan ringan pada bahagian siku kanan akibat ditikam suspek.

“Kejadian berlaku apabila Anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Dang Wangi menahan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dinaiki dua lelaki warga Indonesia yang berada dalam keadaan mencurigakan untuk melakukan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shaharuddin berkata suspek berusia 25 tahun itu kemudian melarikan diri ke arah Jalan Tun Razak lalu dilanggar sebuah kereta manakala seorang lagi yang berusia 45 tahun berjaya ditahan anggota polis di lokasi kejadian dan mengalami kecederaan patah pada bahagian lutut.

Suspek dan anggota polis yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan, katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast