Orang ramai dan pelanggan di sekitar sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang gempar apabila 25 das tembakan dilepaskan dalam satu kejadian di Bukit Bintang di sini pada kira-kira 10.50 malam tadi.

YAN – Dua kanak-kanak maut manakala seorang lelaki cedera parah ditetak seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Kuala Sungai Yan di sini lewat tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar dalam kenyataan pendek berkata pihak polis menerima maklumat kejadian itu pada 11.55 malam tadi.

Beliau berkata maklumat awal mendapati lelaki cedera parah itu berumur 52 tahun manakala kanak-kanak perempuan dan lelaki yang meninggal dunia itu masing-masing berusia empat tahun dengan setahun dua bulan.

“Polis berjaya menahan suspek berumur 49 tahun itu di sekitar kampung berkenaan pada 1.30 pagi, sebab mereka sekampung. Berdasarkan pemeriksaan rekod lampau, suspek ini ada rekod kesalahan berkaitan dadah,” katanya.

Shahnaz berkata kes setakat ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat.- BERNAMA