David Solomon
David Solomon. Foto Business Insider

NEW YORK – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Goldman Sachs, David Solomon memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan peranan bekas tokoh perbankan, Tim Leissner dalam skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), namun berkata bank itu telah melakukan kajian kebolehlaksanaan sebelum melaksanakan sebarang transaksi.

Pada tahun lalu, Pendakwa Raya Amerika Syarikat (AS) mendakwa dua bekas tokoh perbankan Goldman kerana mencuri berbilion dolar daripada 1MDB.

Leissner, bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, mengaku bersalah terhadap konspirasi dalam pengubahan wang dan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.

“Apabila badan kawalan dalam firma bertanya sama ada perantara terlibat dalam setiap transaksi, mereka berkata ‘tidak’.

“Leissner sendiri berkata tiada perantara terlibat dalam transaksi,” kata Solomon pada persidangan dengan para penganalisis seperti dilapor Reuters.

Goldman disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) mengenai peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur penjualan tiga bon sebanyak AS$6.5 bilion (RM26.71 bilion) untuk 1MDB.

DoJ berkata, sejumlah AS$4.5 bilion telah disalahguna oleh pegawai atasan dan rakan sejawat dana itu antara 2009 hingga 2014. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast