Tan Sri Tony Fernandes
Tony Fernandes

KUALA LUMPUR- AirAsia menafikan penyebaran maklumat di media-media sosial yang mendakwa ketua pegawai eksekutif kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes telah melancarkan sebuah platform teknologi kewangan baharu, Crypto Revolt.

“Kami ingin menasihatkan kepada semua untuk mengabaikan kandungan palsu tersebut, dan merujuk kepada saluran media sosial rasmi AirAsia untuk sebarang berita terkini mengenai syarikat.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter twitter.com/AirAsia, facebook.com/AirAsia dan instagram.com/AirAsia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast