Dua suspek berusia 31 dan 40 tahun yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun di Rasah Jaya, semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Polis mendapatkan reman selama tiga hari bagi menyiasat seorang lelaki yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan penipu profesional yang menerima latihan intensif selama dua bulan di Malaysia tumpas sebelum mereka sempat melakukan penipuan melalui Internet dan telefon pada musim Tahun Baharu Cina bulan depan.

23 penipu dari China termasuk wanita yang datang ke Malaysia dan beroperasi di dua buah kediaman mewah selama tiga bulan itu pada mulanya merancang mahu menipu rakan senegara mereka yang dijangkakan kurang sibuk dan lebih senang mengangkat telefon pada musim cuti.

Namun rancangan mereka itu digagalkan polis Malaysia yang menyerbu markas mereka di Melawati di Ampang, Selangor.

China Press melaporkan, suspek yang berasal dari pelbagai wilayah di China telah menerima latihan intensif selama dua bulan dan baru melakukan penipuan selama sebulan di Malaysia selepas ‘tamat pengajian’.

Mereka di antaranya mengumpan warganegara China lain untuk melabur dalam ‘skim pelaburan tidak sah yang menguntungkan’ walaupun ada juga yang terlibat dalam mengendalikan perjudian dalam talian.

Walau bagaimanapun, ada suspek yang memberitahu bahawa mereka terpedaya ke Malaysia dengan dijanjikan gaji bulanan RM2,900 melalui kerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan dan jual beli.

Walaupun menyedari akan bertugas sebagai penipu selepas tiba di Malaysia, mereka bagaimanapun tidak memberontak kerana dijanji akan dibenarkan pulang ke negara asal selepas setengah tahun.

Semua suspek bekerja dalam dua unit kediaman selama lapan hingga 12 jam setiap hari mengikut giliran.

Mereka juga dilarang meninggalkan dua rumah tersebut, malahan tidak boleh beriadah di kawasan kolam renang di tempat bekerja, yang juga tempat kediaman mereka

Larangan itu dikenakan untuk mengelakkan rasa curiga oleh jiran-jiran di kawasan sekeliling. – MalaysiaGazette