Arsenal gagal dalam usaha mendapatkan khidmat Eric Bailly secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

MANCHESTER – Manchester United menolak tawaran Arsenal untuk mendapatkan khidmat bintang pertahanannya, Eric Bailly.

The Gunners merancang untuk meminjam Bailly sehingga akhir musim ini dengan opsyen kontrak tetap di Emirates.

Bagaimanapun the Red Devils menolak tawaran the Gunners yang kini terdesak untuk menguatkan bek pertahanan mereka.

Pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer tidak sanggup kehilangan khidmat bintang pertahanan sensasi Eropah itu.

Bailly telah dibeli oleh bekas pengurus, Jose Mourinho dengan nilai £30 juta (RM160.7 juta) pada 2016.

Di bawah bimbingan Solskjaer, pemain berusia 24 tahun itu hanya beraksi dalam satu perlawanan.

United mempunyai pilihan memanjangkan kontrak bersama Bailly tetapi menunggu sehingga pengurus tetap dilantik akhir musim ini.

Bailly juga mahu kekal lama di Old Trafford dan mahu membuktikan kebolehannya kepada Solskjaer.

Arsenal kini cemas selepas pengurusnya, Unai Emery kehilangan Hector Bellerin yang dilanda kecederaan lutut agak serius.

Pemain itu tidak akan beraksi selama sembilan bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast