Gonzalo Higuain. foto Agensi

ENGLAND – Chelsea menandatangani penyerang Juventus, Gonzalo Higuain secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

The Blues melengkapkan penghijrahan pemain itu ke Stamford Bridge dengan opsyen pembelian untuk jumlah 31.3 juta.

Chelsea juga mempunyai pilihan untuk memanjangkan tempoh pinjaman pemain itu sehingga Jun 2020 untuk 15.6 juta.

Higuain, 31, beraksi untuk AC Milan secara pinjaman sejak awal musim ini dan menjaringkan lapan gol dalam 22 perlawanan setakat ini.

“Saya dengan gembira menerima tawaran untuk menyertai Chelsea yang saya sentiasa idamkan.

“The Blues memiliki sejarah tersendiri dengan stadium yang menarik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.

Bagaimanapun, Higuain tidak boleh beraksi dalam aksi separuh akhir Piala Carabao menentang Tottenham Hotspurs malam ini.

Higuain pernah beraksi dibawah bimbingan Sarri di Napoli pada tahun 2015 dengan menjaringkan 36 gol dalam Serie A.

Menurut Sarri, Higuain merupakan penyerang yang kuat dan tangkas yang mampu melangkah jauh dalam mana mana liga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast