Pasukan penyelamat mencari mangsa-mangsa dalam limpahan lumpuh selepas sebuah empangan pecah di Brazil. foto Agensi

RIO DE JANEIRO – Para penyelamat sedang bertungkus lumus mengesan 200 orang yang dipercayai hilang selepas sebuah empangan yang terletak lombong bijih besi runtuh Feijao.

Sehingga kini tujuh mayat telah ditemui.

Para penyelamat percaya angka kematian akan meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Vale, Fabio Schvartsman berkata, hanya satu pertiga daripada kira-kira 300 pekerja berada di lokasi bencana itu telah dikira.

Katanya, banjir lumpur telah menjejaskan pejabat lombong, termasuk kafeteria dalam insiden yang berlaku semasa makan tengah hari.

Vale adalah syarikat perlombongan terbesar di Brazil dan memiliki lombong bijih berkenaan.

Lombong bijih besi Feijao adalah satu daripada empat kompleks yang meliputi loji pemprosesan dan menghasilkan 26 juta tan besi pada tahun 2017.

Feijao sahaja menghasilkan 7.8 juta tan bijih besi pada 2017.

Ia merupakan tragedi kedua besar di Brazil membabitkan runtuhan empangan milik Vale dalam tempoh tiga tahun.

Kedua-duanya berlaku di negeri Minas Geras, yang masih dalam proses pemulihan daripada runtuhnya empangan pada November 2015 hingga membunuh 19 orang.

Empangan itu, yang dimiliki oleh usaha sama antara Vale dan BHP Billiton – Samarco Mineracao SA, menguburkan sebuah kampung berdekatan dan menghancurkan sungai utama dengan sisa toksik dalam bencana alam paling buruk di Brazil.

Operasi di Samarco terus dihentikan akibat pertikaian undang-undang yang berkaitan dengan kerosakan walaupun selepas syarikat menyelesaikan tuntutan sivil bernilai AS$ 5.28 bilion tahun lepas.

Schvartsman berkata, empangan yang pecah di lombong besi Feijao dalam proses hendak ditutup, mempunyai kapasiti 12 juta meter padu – sebahagian kecil daripada kira-kira 60 juta meter padu sisa toksik yang dikeluarkan oleh pecahan empangan Samarco.

“Impak alam sekitar sepatutnya kurang, tetapi tragedi manusia mengerikan,” katanya kepada wartawan di pejabat Vale di Rio de Janeiro.

Beliau berkata, peralatan menunjukkan empangan itu stabil pada 10 Januari dan ia terlalu awal untuk mencari punca mengapa ia runtuh.

Bomba pula menyatakan fokus mereka adalah untuk mencari mangsa-mangsa. – MalaysiaGazette