Anggota tentera melakukan kawalan di jalan yang menuju ke sebuah gereja yang dibom hari ini.

MANILA – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera hari ini selepas dua buah bom meletuo di sebuah gereja di Filipina

Menurut para pegawai tentera, bom pertama meledak dalam gereja di Jolo, Mindanao, lapor 9news.

Bom kedua meletup berhampiran pintu masuk gereja tersebut ketika anggota polis dan tentera sampai di lokasi.

Seramai 7 orang anggota tentera dan 12 orang awam dilaporkan terbunuh dan sekurang-kurangnya 46 orang cedera teruk.

Letupan hari ini berlaku selepas dua hari suruhanjaya pilihan raya mengisytiharkan retifikasi pengwujudan entiti autonomi Muslim baharu di wilayah selatan Mindanao pada minggu lalu.

Ia merupakan faktor utama kemajuan perjanjian yang ditandatangai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) pada 2014. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast