TERKINI : “Selepas Menang Saya Kembali ke Asal Usul” – Ramli Mohd Noor

Sebaik sahaja menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands semalam, perkara pertama yang dilakukan calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor ialah menyantuni pengundi di Tanah Rata dan lebih penting beliau kembali ke kampung halamannya di Pos Mensun.

Bagai sirih pulang ke gagah, begitulah sikap yang ditunjukkan Ramli sebagai mengenang jasa dan berterima kasih kepada masyarakat Orang Asli kerana menjadi pengundi tegar untuk memenangkannya di kerusi P078.

“Saya berasal dari sini, inilah asas saya dalam kalangan masyarakat Orang Asli, saya kena datang (Pos Mensun), daripada data (pengundian) yang banyak menyokong saya adalah Orang Asli.

“Bukan saya menidakkan yang lain-lain, saya rasa baik asal saya dulu, lepas itu baru saya akan ke tempat lain-lain, Insya-Allah.

“Saya kembali ke asal usul saya dahulu kerana mereka juga penyokong kuat, jadi saya kena lah pergi tengok,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas menyantuni masyarakat Orang Asli di Pos Mensun.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast