KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) hari ini mengumumkan mereka telah menandatangani pemain kacukan Malaysia-Australia, David William Rowley mengharungi saingan Liga Premier 2019.

Rowley yang beraksi di posisi tengah telah mengikatkan kontrak bersama skuad The Red Warriors (TRW) untuk tempoh setahun.

Pemain yang berusia 29 tahun itu sebelum ini beraksi dengan pasukan Negeri Sembilan musim lepas

Dia juga pernah menyarung jersi beberapa pasukan di Liga German antaranya, Tennis Borussia Berlin dan CS Grevenmacher.

Rowley paling menonjol ketika bersama kelab divisyen 5 Jerman, Inter Leipzig apabila menjaringkan 7 gol dalam 26 penampilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast